Tampilkan postingan dengan label raya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label raya. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

60 CCTV Pantau Jalan Raya Kejutkan Penduduk


CHINA – Pemandu kenderaan di China kini perlu berfikir berkali-kali sebelum mereka memecut laju di Shanghai, kerana di situ terdapat 60 kamera CCTV yang dipasang berhampiran antara satu sama lain.

Jalan terbabit adalah Jalan Youyi, yang bukan pun berada dalam kawasan berbahaya.

Keadaan ini menyebabkan kerajaan dikritik kerana ia membazir wang dan dalam masa mencerminkan terdapat banyak penyelewengan hingga menyebabkan 60 kamera di pasang pada satu tempat sahaja.

Meskipun teruk dihentam penduduk, pihak berkuasa tempatan enggan memberikan komen dan mengambil sikap menutup mulut.

Bagaimanapun akhirnya keadaan sebenar terbongkar apabila kamera itu dipasang oleh jabatan yang berbeza.

Dan tidak ada sesiapa pun dalam jabatan tersebut yang peduli bahawa tempat tersebut sudah ada kamera.

Ia melibatkan polis trafik, biro kaji cuaca, lembaga pelancongan dan unit lain termasuk mereka yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan persekitaran
Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut 24 Julai SPR

SPR

PUTRAJAYA  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 12 Julai dan tempoh kempen ditetapkan selama 11 hari.
Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas suruhanjaya itu bermesyuarat di pejabatnya di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas.
Dalam pilihan raya umum yang lepas, beliau mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. – astroawani.com
Read More..