Sabtu, 28 Desember 2013

60 CCTV Pantau Jalan Raya Kejutkan Penduduk


CHINA – Pemandu kenderaan di China kini perlu berfikir berkali-kali sebelum mereka memecut laju di Shanghai, kerana di situ terdapat 60 kamera CCTV yang dipasang berhampiran antara satu sama lain.

Jalan terbabit adalah Jalan Youyi, yang bukan pun berada dalam kawasan berbahaya.

Keadaan ini menyebabkan kerajaan dikritik kerana ia membazir wang dan dalam masa mencerminkan terdapat banyak penyelewengan hingga menyebabkan 60 kamera di pasang pada satu tempat sahaja.

Meskipun teruk dihentam penduduk, pihak berkuasa tempatan enggan memberikan komen dan mengambil sikap menutup mulut.

Bagaimanapun akhirnya keadaan sebenar terbongkar apabila kamera itu dipasang oleh jabatan yang berbeza.

Dan tidak ada sesiapa pun dalam jabatan tersebut yang peduli bahawa tempat tersebut sudah ada kamera.

Ia melibatkan polis trafik, biro kaji cuaca, lembaga pelancongan dan unit lain termasuk mereka yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan persekitaran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar