Tampilkan postingan dengan label parah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label parah. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Maret 2014
Hajat Mencium Jerung Lelaki Ini Parah Digigit Mulutnya
(foto:Discovery Channel)
FLORIDA, (manadotoday.com) – Pemandu diving Dave Marcel telah berpengalaman untuk memandu para pelancung di Elbow Reef off Key Largo, Florida untuk berinteraksi dengan satwa liar termasuk Jerung Nurse. Jerung ini terkenal tidak agresif dan tidak galak seperti jerung lain pada umumnya.
Rancangan Marcel ingin membuktikan kepada para pelancung bahawa jerung ini memang benar-benar penuh kasih sayang dengan menciumnya dan kemudian memungkinkan para pelancung melakukan hal yang sama, namun semua diluar apa yang dirancangkan setelah kasih sayang Marcel dibalas dengan gigitan oleh jerung tersebut.
Gigitan jerung tersebut tertangkap oleh kamera video dan ditayangkan di Discovery Channel sebagai bagian dari acara TV “Shark Week”.
Dalam tayangan video yang diunggah di YouTube Marcel melalukan kesalahan fatal dengan tidak mengarahkan mata jerung tersebut tepat di wajah sang pemandu, karena tidak dapat melihat Marcel jerung itu menganggap Marcel sebagai seekor ikan. Setelah menyedari yang dia gigit bukanlah ikan melainkan daging manusia ikan itu langsung pergi menjauh.
(foto:Discovery Channel)
“Dia memuntahkan saya keluar. Saya kira dia berkata aku tidak enak,”katanya dikutip dari Discovery Channel Sabtu (8/10).
Marcel memerlukan 285 jahitan untuk memperbaiki luka pada bibirnya, namun itu tidak menyurutkan hobinya, tiga hari setelah bibirnya sembuh dia terjun kembali ke air.
“Anda tidak boleh menjadi pengendali hewan liar jika anda memiliki harapan bahawa anda tidak akan di gigit,”katanya.(rm)
sumber
Kamis, 27 Februari 2014
Suspek pecah rumah parah dibelasah jiran
KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.
Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.
Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.
Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.
Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu lalu, tiga suspek dipercayai warga asing bertindak memecah masuk rumah kedai yang didiami empat sekeluarga dalam satu kejadian rompakan bersenjata.
Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, suspek dipercayai memotong bahagian besi tingkap sebelum memecah masuk rumah dan mencederakan mangsa menggunakan kayu dan parang.
Menurutnya, suspek yang tidak sempat menggeledah rumah mangsa bertindak melarikan diri setelah bunyi bising dari arah halaman rumah.
Beliau berkata, seorang daripada suspek bergelut dengan jiran mangsa yang datang membantu dan dalam pergelutan itu suspek serta jiran mangsa mengalami kecederaan.
“Dua lagi suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk mengesan suspek,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.
Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan. SH

Selasa, 25 Februari 2014
Parah Mercun Dijemur Meletup
PASIR MAS : Seorang lelaki yang menjemur mercun bola di hadapan rumahnya di Kampung Paloh, Chicha Tinggi dekat sini, cedera parah kedua-dua matanya apabila bahan letupan itu meledak secara tiba-tiba, semalam.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Azrin Hadi, 22, cuba meratakan sebungkus mercun basah akibat terkena hujan di atas guni yang diletakkan di atas rumput di kawasan lapang di rumahnya.
Cuaca panas menyebabkan kesemua kira-kira 50 biji mercun bola itu meletup serentak dan percikannya terkena mata, badan serta kaki mangsa.
Jarak mangsa dengan bahan letupan yang cuba diratakan itu agak dekat menyebabkan percikan bunga api dari mercun itu terus terkena matanya sebaik meletup.
Bapa mangsa, Hadi Ismail, 44, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga akibat bunyi letupan.
Menurutnya, sebaik terdengar letupan berkenaan, dia berlari ke luar rumah.
“Saya bergegas keluar dan terkejut melihat muka serta badan anak dipenuhi darah dan terus membawanya ke hospital.
“Sehingga kini saya tidak tahu sejauh mana kecederaannya, yang pasti kedua matanya cedera,” katanya di pekarangan Hospital Daerah Pasir Mas, petang semalam.
Hadi berkata, letupan kuat turut menyebabkan telinganya berdengung walaupun selepas satu jam kejadian.
Anak kedua daripada tujuh beradik yang sudah berkahwin itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII), Kota Bharu, untuk rawatan lanjut. – Sinar Harian
Langganan:
Postingan (Atom)