Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Senin, 17 Maret 2014
Lelaki Palestin Cabul Remaja Tidur Di Wad

MELAKA - Seorang lelaki warga Palestin ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hospital di negeri ini.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi 15 Feb lepas, pelajar perempuan itu sedang tidur ketika menjaga ayah saudaranya yang menerima rawatan di hospital itu manakala lelaki terbabit menjaga seorang pendakwah di katil berdekatan.
"Pelajar itu tiba-tiba tersedar daripada tidur apabila terasa sesuatu menyentuh peha dan kemaluannya dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki di hadapannya sebelum menjerit meminta tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah madrasah di sini kemudian bertindak melarikan diri dan keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 6 pagi hari sama.
Katanya lelaki terbabit kemudian menyerah diri di pondok polis hospital tersebut pada 8 pagi.
Lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya.
Rabu, 05 Maret 2014
Hajat Mencium Jerung Lelaki Ini Parah Digigit Mulutnya
(foto:Discovery Channel)
FLORIDA, (manadotoday.com) – Pemandu diving Dave Marcel telah berpengalaman untuk memandu para pelancung di Elbow Reef off Key Largo, Florida untuk berinteraksi dengan satwa liar termasuk Jerung Nurse. Jerung ini terkenal tidak agresif dan tidak galak seperti jerung lain pada umumnya.
Rancangan Marcel ingin membuktikan kepada para pelancung bahawa jerung ini memang benar-benar penuh kasih sayang dengan menciumnya dan kemudian memungkinkan para pelancung melakukan hal yang sama, namun semua diluar apa yang dirancangkan setelah kasih sayang Marcel dibalas dengan gigitan oleh jerung tersebut.
Gigitan jerung tersebut tertangkap oleh kamera video dan ditayangkan di Discovery Channel sebagai bagian dari acara TV “Shark Week”.
Dalam tayangan video yang diunggah di YouTube Marcel melalukan kesalahan fatal dengan tidak mengarahkan mata jerung tersebut tepat di wajah sang pemandu, karena tidak dapat melihat Marcel jerung itu menganggap Marcel sebagai seekor ikan. Setelah menyedari yang dia gigit bukanlah ikan melainkan daging manusia ikan itu langsung pergi menjauh.
(foto:Discovery Channel)
“Dia memuntahkan saya keluar. Saya kira dia berkata aku tidak enak,”katanya dikutip dari Discovery Channel Sabtu (8/10).
Marcel memerlukan 285 jahitan untuk memperbaiki luka pada bibirnya, namun itu tidak menyurutkan hobinya, tiga hari setelah bibirnya sembuh dia terjun kembali ke air.
“Anda tidak boleh menjadi pengendali hewan liar jika anda memiliki harapan bahawa anda tidak akan di gigit,”katanya.(rm)
sumber
Rabu, 01 Januari 2014
SEGERA 20 Lelaki Bersenjata Pakaian Serba Hitam Culik Nelayan Di Sabah

KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.
Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.
Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.
Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.
Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan
Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.
Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.
“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.
“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya. – The Star
Langganan:
Postingan (Atom)