Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Senin, 24 Februari 2014
TAHNIAH Isteri Ezad Exist Hamil Anak Pertama
Isteri vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dilaporkan sudah hamil sebulan apabila ianya telah disahkan selepas membuat pemeriksaan doktor.Ezad telah diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nor Azeana Ramli pada 30 Mac lalu di Masjid Lunas, Kulim, Kedah.
Isterinya menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran RM15,000, serta tujuh dulang berbalas sembilan.
Tahniah diucapkan buat Ezad dan isteri, semoga proses kelahiran anaknya kelak berjalan lancar dan semua berada dalam keadaan yang sihat dan selamat hendaknya. SUMBER
Minggu, 22 Desember 2013
Diana Amir Diintai Ustaz Dan Sasar Untuk Bergelar Isteri Tahun 2013
Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.
Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.
Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.
“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”
Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.
Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.
“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Langganan:
Postingan (Atom)