Tampilkan postingan dengan label amir. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label amir. Tampilkan semua postingan
Minggu, 22 Desember 2013
Diana Amir Diintai Ustaz Dan Sasar Untuk Bergelar Isteri Tahun 2013
Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.
Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.
Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.
“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”
Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.
Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.
“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Kamis, 19 Desember 2013
susulan kes Suspek Bakar Teman Wanita Mohd Amir Ditahan
KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya. “Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini. Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.
Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)