Jumat, 31 Januari 2014

Gadis 12 Tahun Lebih Genius Daripada Albert Einsten!

Seorang gadis 12 tahun memiliki IQ yang lebih tinggi dari Albert Einstein dan Stephen Hawking.



Olivia Manning, berjaya mendapat skor 162 dalam ujian IQ yang telah dijalankan keatasnya. Skor yang dicatatkan lebih dua mata dari genius, Einstein dan Profesor Stephen Hawking, malah menempatkan dirinya satu peratus lebih cerdik dari orang-orang pintar di dunia.

Sebagai seorang genius, Olivia kini berstatus selebriti di sekolahnya. Olivia dikurniakan bakat dengan kelebihan cepat memahami dan mengingati setiap maklumat baru.

-Sentiasapanas.blogspot.com
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Aaron Aziz Ditawarkan Berlakon Filem Hollywood

Salam 1 Malaysia,


Nampaknya rezeki Aaron Aziz bertambah lagi di bulan Ramadhan ini kerana dia telah ditawarkan untuk berlakon filem Hollywood iaitu "Prince Of The City". Ini sekaligus akan melonjakkan nama dia di persada seni lakonan. Aaron akan bergandingan dengan Michael Madsen yang pernah membintangi filem epik Kill Bill. Baca berita selanjutnya di bawah ini.




Sebelum ini AAron Aziz dikatakan telah mengerjakan umrah selama dua minggu dalam bulan puasa ini. Katanya untuk beribadah dengan tenang dan tiada gangguan daripada tawaran berlakon yang bertubi-tubi daripada pengarah filem.

Katanya sebelum pergi menunaikan umrah, sebesar mana pun tawaran berlakon yang datang, beliau akan cuba sedaya upaya menolaknya bagi memberi ruang untuknya menjalankan ibadah puasa dengan tenang. Setibanya di Malaysia, beliau tidak dapat menolak lagi tawaran berlakon filem Hollywood iaitu "Prince Of The City". Dalam filem itu dia berlakon bersama Micheal Madson.

Watak Aaron dalam filem tersebut adalah sebagai pembunuh upahan yang bekerjasama dengan Micheal Madson. Dikatakan pengarah filem terbabit menunggu kepulangan Aaron Aziz dari umrah beberapa minggu untuk menawarkan watak tersebut.

"Memang saya langsung tidak membuka komputeratau layankan telefon semasa di Makkah,"kata Aaron yang telah memberi persetujuan secara lisan untuk menjayakan filem tersebut.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

SEGERA 20 Lelaki Bersenjata Pakaian Serba Hitam Culik Nelayan Di Sabah


KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.

Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.

Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.

Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.

Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan

Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.

Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.

“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.

“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya. – The Star
Read More..

Kesilapan Harian Metro Gambar



Gambar kesilapan Harian Metro yang paling memalukan. Mugkin sesuatu yang pelik dan menghairankan jika anda tidak mengenali akhbar Harian Metro iaitu akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia.
Harian Metro sejak dahulu lagi telah menjadi pilihan pembaca rakyat di Malaysia. Namun, baru-baru ini akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia ini mendapat malu apabila satu artikel di bahagian“setempat” mempunyai kesilapan ejaan.
Sepatutnya ejaan “angin kencang” tetapi kesilapan ejaan itu menjadi “angin kencing”. Sepatutnya kesilapan ini tidak berlaku kerana akhbar Harian Metro merupakan akhbar pilihan nombor satu pembaca di Malaysia.
Sebagai editor akhbar Harian Metro seharusnya menitikberatkan mengenai ejaan yang ditulis di dalam akhbar itu dan “typing error” dapat dielakkan.
Read More..