Kamis, 30 Januari 2014

Aaron Aziz Ditawarkan Berlakon Filem Hollywood

Salam 1 Malaysia,


Nampaknya rezeki Aaron Aziz bertambah lagi di bulan Ramadhan ini kerana dia telah ditawarkan untuk berlakon filem Hollywood iaitu "Prince Of The City". Ini sekaligus akan melonjakkan nama dia di persada seni lakonan. Aaron akan bergandingan dengan Michael Madsen yang pernah membintangi filem epik Kill Bill. Baca berita selanjutnya di bawah ini.




Sebelum ini AAron Aziz dikatakan telah mengerjakan umrah selama dua minggu dalam bulan puasa ini. Katanya untuk beribadah dengan tenang dan tiada gangguan daripada tawaran berlakon yang bertubi-tubi daripada pengarah filem.

Katanya sebelum pergi menunaikan umrah, sebesar mana pun tawaran berlakon yang datang, beliau akan cuba sedaya upaya menolaknya bagi memberi ruang untuknya menjalankan ibadah puasa dengan tenang. Setibanya di Malaysia, beliau tidak dapat menolak lagi tawaran berlakon filem Hollywood iaitu "Prince Of The City". Dalam filem itu dia berlakon bersama Micheal Madson.

Watak Aaron dalam filem tersebut adalah sebagai pembunuh upahan yang bekerjasama dengan Micheal Madson. Dikatakan pengarah filem terbabit menunggu kepulangan Aaron Aziz dari umrah beberapa minggu untuk menawarkan watak tersebut.

"Memang saya langsung tidak membuka komputeratau layankan telefon semasa di Makkah,"kata Aaron yang telah memberi persetujuan secara lisan untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar