Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Juara Koreografer Sehati Berdansa Musim Ke 3 Bayu Meninggal Dunia

Juara Kareografer Sehati Berdansa Musim Ke-3, Bayu, Meninggal Dunia


Pereka tari atau kareografer pasangan artis Sein dan Nana yang dinobatkan sebagai juara program pertandingan tarian, Sehati Berdansa Musim Ke-3 tidak lama dulu, Hafiz Untong atau Bayu, meninggal dunia.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca kematian kareografer berbakat tersebut.
bayu_Image_2
Dalam program Sehati Berdansa Musim-3 itu, Bayu berjaya membawa pasangan Nana dan Sein memenangi hadiah sehingga RM200,000 iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8) , pakej bulan madu ke Rom Itali beserta trofi setelah menewaskan pasangan Sazzy dan Nazril.
Program pertandingan tarian yang disertai oleh para selebriti dan pasangan masing-masing itu adalah tinjauan adaptasi dari program India,
Mereka mewakili badan kebajikan masing-masing di mana setiap minggu sebanyak RM1,000 akan disumbangkan kepada badan-badan tersebut jika pasangan yang mewakilinya masih kekal di dalam program itu.
bayu_Image_5
Jenazah Bayu difahamkan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung asalnya di Kelantan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
23989_398158562384_6942826_n
30158_402429522384_8193288_n
sehati berdansa 1
Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Satelit GOCE Terhempas Ke Bumi Minggu Depan


BERLIN – Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada sebarang kemalangan jiwa.

Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.

“Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di atmosfera,” kata agensi itu hari ini.

Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi berkenaan. – AP
Read More..