Tampilkan postingan dengan label anggota. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anggota. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Pengganas Mati Ditembak Ketika Serang Anggota Polis Di Kg Simunul

Pengganas Mati Ditembak Ketika Serang Anggota Polis Di Kg. Simunul

LAHAD DATU –  Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
“Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.
“Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai ‘Imam Tua’,” katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.
Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.
Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.
Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.
Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.
Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.
Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA

Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Anggota One Direction Dikecam Peminat


LONDON – Anggota kumpulan pop One Direction, Louis Tomlinson dikecam oleh para peminat dan pengamal kesihatan kerana mempromosikan sebuah laman web untuk melangsingkan badan.

Penyanyi berkenaan menyiarkan pautan di laman Twitternya untuk meminta sejumlah 13.9 juta peminatnya melayari laman web Bootea.

Laman web berkenaan menjual suplemen untuk menurunkan berat badan dan mengekang selera makan.

“Gembira dapat menikmati minuman campuran Bootea pagi ini,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu di laman Twitternya.

Beberapa jam kemudian komen tersebut dipadamkan tetapi ia telah menerima 10,000 komen dengan 14,000 lagi menyukai status dalam talian itu.

Mengulas isu tersebut, seorang jurucakap Louis berkata: ” Dia hanya menikmati minuman itu.”

Bagaimanapun, Louis tidak menyedari ia adalah produk penurunan berat badan.

“Louis tidak akan sesekali mempromosi produk penurunan berat badan,” tambahnya.

Minuman Bootea yang berharga £34.99 (RM111) itu habis dijual di laman web produk berkenaan selepas komen Louis.

Sebahagian pengguna laman web marah dengan tindakan penyanyi itu yang dibimbangi akan mempengaruhi golongan remaja untuk mengamalkan diet tidak sihat.

“Anda tidak patut mempromosi barangan seperti itu, saya sungguh marah,” kata seorang peminat.

“Berhenti, perbuatan anda tidak membantu mereka yang menghidap anoreksia dan penyakit lain,” kata seorang lagi peminatnya.

Louis turut diselar kerana perbuatannya dianggap sebagai tidak wajar dan tidak beretika.- Agensi
Read More..