Sabtu, 15 Maret 2014
Khairy tuntut AG perjelas kes PKFZ Ini sudah bagus
Malaysiakini Nov 10 2013
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan menjelaskan alasan untuk tidak mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah yang melepas bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ling Liong Sik berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Katanya, Gani perlu menjelaskan perkara tersebut atas kepentingan awam.
"Saya rasa ia satu kes yang mempunyai kepentingan awam dan penjelasan perlu dilakukan oleh peguam negara jika beliau tidak mahu mengemukakan rayuan dan apakah alasannya (untuk tidak mengemuka rayuan).
"Ini (PKFZ) satu kes yang sangat penting dan saya fikir masyarakat umum mahu tahu apakah alasan di sebaliknya?,” katanya kepada pemberita di Bukit Jalil petang ini.
Ling yang merupakan bekas presiden MCA pada 25 Oktober lalu dilepaskan dari tuduhan menipu kerajaan dalam kese projek PKFZ yang bernilai berbilion ringgit.
Bekas menteri itu dituduh gagal mendedahkan kepada kabinet berhubung kadar faedah 7.5 peratus setahun atas harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, yang menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan RM720 juta setahun.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar